Tukar (Convert) dokumen pdf ke Word Gunakan Microsoft Office Word 2013

Ramai dalam kalangan guru yang perlu mendokumentasi pelbagai perkara dalam kerja seharian. Kadang-kadang pihak atasan membekalkan borang atau dokumen dalam format pdf dan guru perlu mengisi borang tersebut secara bertaip. Kerapkali juga rakan guru bertanyakan saya bagaimana untuk melaksanakan kerja tersebut.

Sebenarnya ada banyak cara untuk melakukannya. Ada pelbagai software yang boleh menukarkan dokumen dalam format pdf kepada format Word, Sekarang ada juga laman web yang menawarkan servis untuk convert pdf ke word. Dalam entri ini, saya mengkhususkan kepada cara menukar atau convert pdf k word menggunakan perisian MS Office Word 2013. Jadi, jika laptop anda tersedia dengan MS Word 2013, anda boleh convert pdf tadi kepada format yang boleh disunting menggunakan MS Office Word.

Caranya :

Langkah 1
Buka MS Office Word 2013 anda. Klik pada Open Other Documents.


Langkah 2
Klik pada Computer, kemudian klik Browse.


Langkah 3
Cara dokumen pdf yang anda ingin convert, klik padanya dan klik Open.


Langkah 4
Apabila dialog box seperti berikut terpapar, klik OK.


Langkah 5
Seterusnya, proses converting akan berjalan. Tunggu sehingga anda dapat paparan seperti di bawah. Klik Enable editing.


Akhirnya, anda akan dapati dokumen pdf tadi dibuka dalam perisian MS Office Word. Anda boleh edit sekarang.


* Kadang-kadang, mungkin ada font dalam dokumen pdf yang tidak dapat dikenalpasti oleh perisian Word dan ianya akan keluar dalam bentuk simbol.

Selamat mencuba!

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut