YES Altitude | Cara Log In Frog VLE Lebih Cepat Dan Mudah

Ramai guru-guru di seluruh Malaysia telah menerima smartphone YES Altitude beserta pelan data LTE sebanyak 2GB sebulan. Data 2GB itu pula tidak akan ditolak jika guru mengakses laman Frog VLE walau selama dan sekerap mana sekalipun. Itu yang tersurat. Yang tersiratnya mungkin ramai yang tidak terfikir. Bila diberi smartphone dan pelan data, maknanya pihak atasan mengharapkan guru-guru lebih aktif menggunakan platform Frog VLE. 

Semua log in guru dan statistik penggunaan boleh dipantau oleh pihak atasan melalui dashboard mereka. Bagi kami-kami admin VLE sekolah, walaupun kami level marhaen sahaja, kami juga boleh melihat analitik penggunaan Frog VLE oleh semua warga sekolah.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi cara bagaimana untuk log in Frog VLE dengan lebih mudah menggunakan Altitude yang kita terima. Nanti tidaklah kita dipersoalkan kenapa tidak log in Frog VLE langsung walaupun kemudahan telah disediakan.

Jom kita teruskan.

Sebelum itu, saya maklumkan step yang akan kita buat seterusnya ini akan HANYA kita buat sekali sahaja, untuk kali pertama log in sahaja, Selepas itu, log in akan jadi lebih mudah dengan 2 kali klik/tap sahaja.

Langkah 1
Pada YES Altitude anda, buka browser Chrome.



Langkah 2
Taipkan URL (alamat) Frog sekolah anda.
Formatnya adalah seperti berikut :

https://kodsekolah.1bestarinet.net

Untuk rakan-rakan guru sekolah saya, taipkan https://jba2038.1bestarinet.net
kemudian tap pada anak panah.


Langkah 3
Sekarang, taipkan Yes ID dan password anda dan tap pada butang Login.



Langkah 4
Jika keluar dialog box seperti di bawah, tap pada SAVE.

 


Langkah 5
Anda akan log in ke dashboard Frog sekolah anda. Sekarang, tap pada 3 titik seperti gambar di bawah. 


Langkah 6
Seterusnya, tap pada Add to Home Screen.


Langkah 7
Tap pada ADD.


Langkah 8
Anda boleh log out sekarang. Tap pada lambang Frog head dan tap pada Log out.....



Langkah 9
Jika anda tutup browser Chrome anda, anda akan nampak satu shortcut Frog pada Home Screen Altitude anda.

Shortcut inilah yang akan kita gunakan selepas ini untuk log in Frog dengan lebih cepat dan mudah.
Jom kita cuba. Tap pada Frog tersebut.



Tadaa! kita akan terus di bawa ke Frog VLE login page seperti di bawah. Tak perlu lagi taipkan URL, Yes ID dan password. Hanya terus tap pada butang Login untuk log in Frog VLE anda.


Selamat mencuba!









7 ulasan :

Pengikut