YES Altitude | Maksimumkan Penggunaan Data Internet LTE Anda

Dalam post yang lalu, saya ada menyatakan yang smartphone YES Altitude kita (sebahagian besar guru di Malaysia) dapat adalah datang beserta dengan pelan data internet 2GB PERCUMA setiap bulan. Respon dari perbualan bersama rakan-rakan guru memberi satu rumusan kepada saya yang kebanyakan mereka tidak pasti / jelas bagaimana untuk menggunakan smartphone tersebut sebaiknya terutamanya semasa PdPc. 

Jawapan yang paling mudah saya dapat berikan adalah gunakan data internet percuma tersebut sehabisnya untuk kerja-kerja rutin pengkeranian seorang guru. Namun, ada juga yang menyatakan "Susah lah nak buat kerja dalam handphone yang kecil!". 

Kenyataan itu memang diakui ada kebenarannya terutamanya bagi guru-guru OTAI (saya baru suku otai...). Jadi, apa kata cikgu-cikgu buat kerja di laptop TETAPI gunakan internet dari smartphone Altitude ni?

Cara yang kita boleh gunakan salah satunya kita jadikan YES Altitude kita sebagai hotspot. Lebih kurang maksudnya kita kongsikan internet dari Altitude tadi dan kita gunakan pada peranti lain yang bersambung secara wireless kepada Altitude.

Jom saya tunjukkan caranya :

Langkah 1
Tap pada Settings.



Langkah 2
Kemudian, tap pada More.



Langkah 3
Seterusnya, Tethering & portable hotspot



Langkah 4
Dan Set uo WLAN hotspot


Langkah 5
Tetapkan Network name  dan masukkan Password.yang kita mahukan. Jangan lupa tap pada Save.



 Langkah 6
Seterusnya, turn on portable WLAN hotspot seperti gambar di bawah.



 Langkah 7
Sekarang, smartphone Altitude kita telah aktif sebagai hotspot.


Langkah 8
Akhirnya, kita boleh sambungkan peranti lain seperti laptop pada hotspot Altitude kita tadi. 


Selamat mencuba!

6 ulasan :

  1. Tq cikgu. Tapi this one kira kuota broadband ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak..kuota lte. Yg broadband tu kena guna dongle or huddlem

      Padam
    2. Mcm mana nak guna kuota broadband tu dgn altitude. Dongle cucuk kat mana?

      Padam
    3. Tak boleh gunakan data broadband pada altitude. Dongle pula kena guna pada laptop atau desktop. Satu cara yg boleh dibuat utk gunakan data broadband pada altitude adalah cucuk dongle pada laptop, buat connection macam biasa lepas tu jadikan laptop pula sebagai hotspot. Connect altitude kepada laptop yg jadi hotspot tadi gunakan wifi.

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Pengikut