YES Altitude | Paparkan skrin smartphone terus melalui LCD projector menggunakan Anycast

Salam semua. Berjumpa lagi kita dalam tutorial kedua saya mengenai smartphone YES Altitude. Kalau sebelum ini saya menunjukkan cara bagaimana memaparkan skrin hp di laptop dan seterusnya ke projector, kali ini saya akan menunjukkan cara bagaimana memaparkan skrin hp Altitude terus melalui projector.

Jadi, apa yang kita perlukan adalah 1) hp Altitude + 2) LCD projector + Anycast Wifi Display Dongle
*  Anycast ni saya beli online di web Lazada Malaysia

Jom kita teruskan!

Langkah 1
Sambungkan dahulu Anycast pada port hdmi dan USB pada projector.
 
Langkah 2
Hidupkan projector dan paparan seperti di bawah akan keluar.


Langkah 3
Sekarang, pada skrin Altitude anda, swipe dari atas ke bawah untuk memaprkan notifikasi.


Langkah 4
Kemudian, swipe sekali lagi dari atas ke bawah untuk memaparkan quick menu.


Langkah 5
Pastikan wifi Altitude pada mode On. Tap pada Cast screen


Langkah 6
Altitude anda akan mengesan gelombang wifi Anycast. Tap padanya seperti dalam gambar di bawah.


Langkah 7
Sekarang, Altitude anda telah bersambung dengan Anycast.


Langkah 8
Paparan yang keluar dari LCD projector adalah seperti di bawah.


Tidak lama selepas itu, paparan Altitude anda telahpun dipancarkan melalui LCD projector.
 

Untuk daparkan paparan lebih besar, rotate Altitude anda.

14 ulasan :

  1. terbaik punya perkongsian.dah lama cari ni bab ni,InsyaAllah akan dicuba.

    BalasPadam
  2. Terimakasih... ilmu yg berguna

    BalasPadam
  3. iPhone 5s boleh ker cast cam nie? Tak pernah jumpa settings like dis

    BalasPadam
  4. Saya buat guna oppo ngn iphone blh guna yes altitude x dpt.. Sya guna miracast

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Miracast saya tak pasti tetapi sepatutnya boleh juga sebab Anycast pun guna mode Miracast.

      Padam
  5. Assalamualaikum cikgu..sy try connect guna ZenFone 3 ke anycast tp dia minta password la..password apa tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam. Maaf tuan saya tak pasti kenapa ada password pula.

      Padam
  6. Assalammualaikum.. maaf nak tanya apa beza wda dan anycast ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. anycast adalah wda..cuma nama brand sahaja berbeza-beza

      Padam
  7. Anycast tu yg mana satu cg pakai..ke bole yg mn2 shj?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saja mana2 anycast

      Padam
  8. Saya dah cuba guna Mira Screen. Nampaknya tak berhasil.

    BalasPadam

Pengikut