1BestariNet | Isu Privasi, Akaun Digodam dan Penukaran Password

Siang tadi seorang guru memberitahu saya Data Broadband beliau telah kehabisan kuota sedangkan beliau tidak pernah menggunakannya. 



Bagi yang belum maklum, data 2GB Broadband tersebut HANYA AKAN BERKURANG jika kita akses internet menggunakan dongle (seperti kebanyakan guru dapat) huddle ataupun zoom (huddle atau zoom yang kita akses gunakan YES ID kita sendiri).

Saya pun tertanya-tanya kenapa ianya boleh berlaku kerana guru tersebut tidak mendapat dongle. Apabila saya tanyakan guru lain di sekolah, ada beberapa orang yang menghadapi kes yang sama.

Jadi, saya membuat laporan ke helpdesk dan jawapan yang saya terima adalah ADA ORANG LAIN (siapalah makhluk bertuah ni biar ALLAH membalasnya) yang telah menggunakan YES ID guru tersebut untuk mengakses internet. Saya minta detail statistik penggunaan data guru tersebut tetapi tiada jawapan dari helpdesk.

Helpdesk mencadangkan agar guru tersebut membuat penukaran password YES ID beliau. 

Jadi saya kongsikan cara meukar password YES ID anda.

Langkah 1
Log in ke dashboard Frog VLE anda. Klik froghead dan klik My Preferences.



Langkah 2
Klik Change Password


Langkah 3
Klik Change Password sekali lagi


Langkah 4
Taipkan Old Password dan masukkan New Password, kemudian klik Save.

NOTA PENTING

1. Perubahan password ini akan melibatkan perubahan password pada 
    (a) akaun Frog VLE anda 
    (b) Dongle (jika anda dapat)
    (c) smartphone Altitude
    MAKSUDNYA, ketiga-tiga akaun di atas akan gunakan password yang sama.

2. Selepas menukar password, beberapa apps di smartphone Altitude seperti MyYES4G dan Playstore akan meminta anda memasukkan password yang baharu.


3. Sebenarnya, anda juga boleh menukar password gunakan app MyYES4G di smartphone Altitude TETAPI password yang bertukar HANYALAH password pada dongle dan Altitude sahaja manakala password pada Frog VLE akan kekal yang lama.



Saya tanyakan isu ini kepada helpdesk, katanya sistem mereka ada masalah kerana tidak sync (syncronised). Kadang-kadang, kita pun tak faham dan pening dengan YES ni kan?

Sekian 

3 ulasan :

  1. Salam...saya admin frog vle sekolah saya...pd pdpt sy...org yg tahu semua password setiap guru di sekolah admin frog...bkn nk menuduh admin yg mhabiskan data tp admin boleh jdi suspek utama yg mggunakan kuota data org...spttnya sbg admin or org yg tau password org lain prlu minta izin pemilik id sblm mggunakannya utk elakkan kekeliruan & ketidakpuasan hati pguna...msti ada ketelusan dlm mjaga internet privacy org lain...wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lg baik jgn komen

      Padam

Pengikut