Art Attack | D.I.Y. donkey head

Last kena buat costume untuk wakil storytelling ialah pada tahun lepas, 2016. Tapi masa tu just buat baju monkey dan ekor dia je. Kebetulan ada jual mask kat Mr DIY jadi beli yang tu je. Masa tu pun tak pula sempat mencoret dalam blog.

Tahun ni tema donkey pula. Masa dapat job tu pun agak last minit, so agak haru juga la nak mencari idea dan sample gambar yang bersesuaian dalam internet. Projek utama ialah hasilkan kepala donkey dan yang tambahan buat ekor dia dan baju yang sama konsep macam monkey tahun lepas. 

Jom la kita tengok gambar-gambar sepanjang projek berlangsung. Kot-kot anda dapat idea untuk hasilan yang lebih baik. 

Bahan-bahan yang saya guna : kain felt, topi dan cotton wool

 
Mula-mula buat muncung dulu. Main agak je je ikut saiz topi.


Then, sambungkan dengan kain felt warna grey untuk kepala dia.


Ni masa nak ukur muncung. Kena potong sikit depan topi tu.

Jahit mata dan telinga ikut sesedap rasa..hehe..


Akhirnya, jahit sarung tadi pada topi dan sumbatkan cotton wool ke dalamnya. 

Pandangan depan,

Pandangan sisi.

Pandangan dari bawah.

Model ni nama dia Asyraf Wajdi.

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut