Zoom A | Besarkan paparan

Bila dah dekat dengan peperiksaan ataupun ujian, biasanya saya akan buat ulangkaji bersama murid menggunakan laman web Zoom A. Kadang-kadang kami masuk ke dalam makmal komputer dan murid menjawab menggunakan chromebook setiap seorang. Kadang-kadang apabila ada kelas lain yang menggunakan makmal komputer, kami akan duduk di dalam kelas dan saya paparkan sahaja soalan menggunakan projektor.

Masalahnya, bila dipaparkan murid yang duduk di belakang tidak nampak dengan jelas soalannya. Apabila di zoom, tulisan jadi besar tapi ada pula menu di tepi dan atas mengganggu.


apabila di zoom, saiz frame pun jadi besar.

Agak lama juga saya memikirkan perkara ini. Sejak mid year exam bulan 6 dulu. Puas juga menggoogle kut-kut ada cara nak sorokkan frame tu. Maslaahnya, kalau buka guna handphone frame tu boleh disorok bila kita zoom.

Akhirnya tadi, secara kebetulan saya tergerak nak cuba buka guna browser selain Chrome. Saya buka guna Mozilla Firefox dan alhamdulillah Allah bagi ilham untuk klik kanan (mouse)..

Jom saya tunjukkan.


Page pada zoom A ni dia bina dalam layout yang ada frame. Kiranya macam ada table lah kalau kita guna Word. So caranya :

1) Letakkan kursor mouse pada bahagian soalan
2) Klik butang kanan
3) Pada menu, pilih This Frame..
4) Pilih Open Frame in New Tab

* Kalau nak pilih Show only this frame pun boleh...cuma pastu saya tak tahu macamana nak tunjukkan balik frame menu tu 

Hasilnya akan dapat macam ni


Murid pun dapat lihat dengan jelas tanpa gangguan..alhamdulillah




0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut