Latih-tubi soalan dengan OneNote

Peperiksaan akhir tahun sudah semakin hampir. Kebanyakan guru-guru sudah mula dengan latihan menjawab soalan peperiksaan bagi membiasakan murid-murid dengan teknik menjawab yang betul. Antara cara yang biasa dibuat ialah guru memperbanyakkan salinan set soalan, kemudian mengedarkannya kepada murid. 

Semasa sesi perbincangan soalan, biasanya guru akan mengingatkan murid tentang bagaimana setiap soalan itu perlu dijawab. Dengan kata lain, apakah teknik yang perlu digunakan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Perkataan manakah yang perlu digaris sebagai kata kunci, dibulatkan dan sebagainya.

Kadang-kadang, ada murid yang ketinggalan terutamanya murid lemah. Lagi pula jika guru hanya memberi arahan secara lisan. Ada murid yang jenisnya perlu melihat apa yang perlu dibuat berbanding hanya mendengar.

Jadi, mungkin pendekatan menggunakan OneNote boleh membantu guru dalam hal ini. Dengan OneNote, guru boleh memaparkan soalan latih tubi (tanpa perlu menaipnya) dan membuat annotation (contengan/nota tambahan) di atas soalan tadi.

Contoh seperti ini.



Di sini saya kongsikan bagaimana cara untuk menggunakan OneNote. Perisian ini biasanya sudah terpasang dalam komputer anda, cuma ianya jarang digunakan. Saya sendiri pun baru sahaja belajar cara menggunakannya.

Langkah 1
Saya scan soalan latih tubi tadi dan save sebagai pdf.
Leceh ke nak scan? Sekarang tidak lagi. Anda boleh gunakan smartphone anda sahaja.
Install apps CamScanner dan boleh scan dengan mudah.

Langkah 2
Lepas scan, saya transfer fail pdf itu ke laptop saya gunakan apps Telegram.
Hantar melalui apps Telegram pada smarphone kepada diri sendiri :-)

Langkah 3
Saya buka Telegram Web gunakan laptop dan download fail pdf tadi.

Langkah 4
Buka OneNote pada laptop. Klik File.


Langkah 5 
Klik Computer, taipkan nama Notebook dan klik Create Notebook.



Langkah 6
Klik INSERT, kemudian klik File Printout.




Langkah 7
Cari fail pdf yang discan tadi, klik Insert.



Langkah 8
Klik DRAW



Langkah 9
Di sini anda ada banyak pilihan sama ada untuk mencoret nota, highlight perkataan ataupun menaip nota. Jika anda gunakan laptop touch screen, anda boleh gunakan pen stylus atau jari anda untuk annotate. Jika tidak, boleh gunakan mouse sahaja ataupun taipkan sahaja nota.



Sekian. Harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut