Pancarkan Paparan Laptop melalui Projektor LCD Tanpa Wayar Guna Measy Miracast Dongle

Sebelum ini, saya telah berkongsi cara bagaimana memaparkan paparan di handphone YES menggunakan Wifi Display Dongle jenis Anycast. Baca di sini.

Kali ini saya ingin berkongsi cara untuk memaparkan paparan laptop menggunakan jenis dongle yang lain iaitu Measy Miracast. 

Ini adalah dongle Measy Miracast  yang saya guna.

Bezanya dengan Anycast, kita perlu install perisian EZCast terlebih dahulu. Untuk makluman, laptop saya menggunakan Windows 10. Jika saya gunakan Anycast, saya hanya perlu menyambungkan laptop saya kepada Anycast melalui wifi dan seterusnya memaparkannya menggunakan butang Windows + P.

Jika saya menggunakan dongle jenis Measy Miracast, caranya agak berbeza. Saya kongsikan di sini.

Langkah 1

Cari dan install dahulu perisian EZCast pada laptop anda.



Langkah 2

Sambung dan palamkan dongle Measy Miracast pada projektor LCD anda. Hidupkan projektor.


Langkah 3

Cari wifi EZCast pada senarai available networks, Klik Connect.


Langkah 4

Klik Connect using a security key instead.


Langkah 5
Masukkan network security key. Anda boleh dapatinya pada bahagian atas paparan apabila projektor dihidupkan. Lihat gambar pada langkah 2 di atas.


Langkah 5

Seterusnya, apabila laptop telah bersambung dengan EZCast, klik dan buka perisian EZCast.


Langkah 6

Klik Mirror.


Langkah 7

Anda telah berjaya memaparkan paparan laptop anda melalui projektor LCD menggunakan dongle Measy Miracast.

Selamat mencuba!


* Saya beli Measy Miracast dongle di Lazada. Boleh klik di sini.


Tutorial Bergambar | Bagaimana Untuk Reset Dan Unlock Setting Tablet Utusan

Setelah 3 fasa pembekalan tablet kepada guru-guru di Malaysia, kini tiba giliran guru-guru di Johor menerima tablet beserta perisian Tutor Guru dan e-Paper tersebut. Menurut taklimat yang diberikan oleh wakil Utusan selaku pengedar, tablet tersebut membolehkan para guru menggunakan aplikasi Tutor Guru untuk menyediakan lembaran kerja dari bank soalan yang disediakan. 

Bagi tujuan itu, beberapa fungsi dalam tablet tersebut telah dikunci (locked) atas alasan takut mengganggu fungsi aplikasi Tutor Guru. Walaubagaimanapun, kita masih boleh reset tablet tersebut untuk unlock fungsi yang terkunci. Ya lah! kalau tak dikunci, bagaimana kita nak optimumkan penggunaannya kan?

Di bawah saya kongsikan cara untuk reset tablet tersebut. Untuk makluman, kedua-dua aplikasi yang dibekalkan iaitu Tutor Guru dan ePaper masih ada walaupun selepas proses reset. 

Langkah 1  
Tap pada Phone.


Langkah 2
Tap seperti gambar di bawah.


Langkah 3
Dail ####7777#


Langkah 4
Tap OK

Langkah 5
Tablet anda akan restart. Tunggu sehingga paparan berikut keluar. Masukkan email dan tap NEXT.


Langkah 6
Oleh kerana saya gunakan email yes, saya dapat paparan berikut. Tap ACCEPT.


Langkah 7
Anda boleh pilih samada nak backup device data automatically atau tidak. Kemudian, tap NEXT.

Langkah 8
SKIP sahaja yang ini.


Langkah 9
SKIP lagi.

Langkah 10
Skrol ke bawah dan tap ACCEPT.


Langkah 11
SKIP sahaja.

Langkah 12
Tap FINISH.

Langkah 13
Jika keluar paparan ini, SKIP.


Langkah 14
Jika keluar begini, tap pada back. (Lihat gambar)


Langkah 15
ANDA BERJAYA!


Selepas reset, anda perlu VALIDATE subscription untuk ePaper Utusan. Buka aplikasi tersebut dan tap pada VALIDATE PRINT SUBSCRIPTION


Masukkan username dan password seperti yang anda dapat dalam kad akses. (pembetulan 2017 ya bukan 2018 untuk rakan2 di Kluang.)




































Pengikut