Pancarkan Paparan Laptop melalui Projektor LCD Tanpa Wayar Guna Measy Miracast Dongle

Sebelum ini, saya telah berkongsi cara bagaimana memaparkan paparan di handphone YES menggunakan Wifi Display Dongle jenis Anycast. Baca di sini.

Kali ini saya ingin berkongsi cara untuk memaparkan paparan laptop menggunakan jenis dongle yang lain iaitu Measy Miracast. 

Ini adalah dongle Measy Miracast  yang saya guna.

Bezanya dengan Anycast, kita perlu install perisian EZCast terlebih dahulu. Untuk makluman, laptop saya menggunakan Windows 10. Jika saya gunakan Anycast, saya hanya perlu menyambungkan laptop saya kepada Anycast melalui wifi dan seterusnya memaparkannya menggunakan butang Windows + P.

Jika saya menggunakan dongle jenis Measy Miracast, caranya agak berbeza. Saya kongsikan di sini.

Langkah 1

Cari dan install dahulu perisian EZCast pada laptop anda.



Langkah 2

Sambung dan palamkan dongle Measy Miracast pada projektor LCD anda. Hidupkan projektor.


Langkah 3

Cari wifi EZCast pada senarai available networks, Klik Connect.


Langkah 4

Klik Connect using a security key instead.


Langkah 5
Masukkan network security key. Anda boleh dapatinya pada bahagian atas paparan apabila projektor dihidupkan. Lihat gambar pada langkah 2 di atas.


Langkah 5

Seterusnya, apabila laptop telah bersambung dengan EZCast, klik dan buka perisian EZCast.


Langkah 6

Klik Mirror.


Langkah 7

Anda telah berjaya memaparkan paparan laptop anda melalui projektor LCD menggunakan dongle Measy Miracast.

Selamat mencuba!


* Saya beli Measy Miracast dongle di Lazada. Boleh klik di sini.


0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut