Cara Lupus (Batalkan geran) kenderaan lama

Saya ada sebuah motorsikal yang dah lama tersadai di rumah. Motor kenangan sewaktu zaman belajar dulu. Jangan main-main. Jauh dah motor tu sampai. Dari Johor sampai ke Terengganu tu. Lepas tu, pindah belajar ke Gombak, motor tu juga lah ditunggang ulang alik setiap kali cuti semester.



Sebenarnya lama dah berniat nak lupuskan hakmilik. Kondisinya pun dah makin lama makin uzur. Tanya kat kedai motor pun tak nak beli sebab tak berbaloi. Jadi, memang kena lupuskan sendiri la.

Bila PKP ni, tergerak hati semula nak uruskan. Untuk ketahui caranya, saya rujuk di lama web JPJ. Memang ada maklumat tentang prosedurnya.




Jadi, saya pun download dan print dokumen yang diperlukan. Tak banyak. Dua jenis borang je pun, Lepas siap isi, saya pun pergilah je JPJ.

Awal pagi dah gerak. Maklumlah sekarang ni normal baharu. Mesti kena beratur panjang.

Seperti yang saya jangka. Memang betul. Sewaktu saya sampai, dah ada 30 orang beratur! 


Setelah menunggu dengan sabar, akhirnya sampailah giliran saya. Apabila dimaklumkan urusan yang saya ingin buat, pegawai itu berkata.

"Gambar motor ni kena ada encik. Lepas tu, akuan bersumpah pun kena buat."

Alamak! Saya ingatkan dah betul prosedur yang saya buat ikut laman web JPJ tu. Rupanya, kurang lengkap.

Kemudian, pegawai tadi pun beri saya satu senarai semak dokumen yang diperlukan. Siap bagi penerangan lagi. Terima kasih encik!

Jadi, korang yang nak buat pembatalan geran untuk lupuskan hakmilik kenderaan, boleh rujuk senarai semak di bawah ya.



Hurm. Nampaknya tak ada rezeki hari ni. Kena datang semula ke JPJ la jawabnya. Beratur lagi. 

Pengikut